PONDOK AMAN
PENDAHULUAN
Pemimpin bagi ummat sesuatu generasi dilahirkan oleh
wanita dari generasi sebelumnya. Ibu yang baik dan
sihat akan melahirkan generasi yang juga sihat dan
baik sekaligus turut melahirkan pemimpin yang baik
dan sihat. Sihat dan baik di sini membawa maksud
sihat fizikal dan rohani kerana kedua-duanya
mempunyai pengaruh yang kuat kepada minda seseorang.
Justeru menyedari akan hal ini, kami warga Kelab
Balkis menyedari yang kaum wanita perlu dilindungi
dari segala jenis gejala yang kurang sihat seperti
yang banyak berlaku dewasa ini.
Sesuatu hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi
bahawa gejala sosial yang tidak sihat semakin
berleluasa di kalangan muda-mudi kini terutamanya
kaum wanita ini. Maka hasil dari kegiatan tidak
sihat itu, akan wujudlah kesan-kesan negatif.
Gejala-gejala seperti lari dari rumah, mengambil
dadah, melacur, kegiatan bohsia, membuang bayi dan
akhirnya terperangkap dengan HIV/AIDS. Maka
bagi mengelakkan daripada gejala seperti ini terus
berleluasa dan menghantui kita, warga Kelab Balkis
mengambil inisiatif untuk membentuk mereka yang
telah terjebak dengan gejala negatif di atas tetapi
telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan
dengan menubuhkan satu RESIDENSI yang dinamai
sebagai PONDOK AMAN.
Harapan kami moga usaha murni kami selama ini akan
dapat diteruskan dan mendapat sokongan moral dan
kewangan dari pelbagai pihak. Oleh itu sokongan
daripada kementerian terbabit seperti Kementerian
Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Kementerian Belia
dan Sukan, Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita
dan Masyarakat serta Kementerian Kesihatan amatlah
dialu-alukan untuk memastikan Malaysia akan
melahirkan masyarakat yang sihat dan bebas dari
gejala-gejala sosial yang tidak sihat tercapai jua
suatu hari nanti. Bukan itu sahaja, sokongan kuat
dari Yang Berhormat-Yang Berhormat sebagai wakil
rakyat amatlah kami harapkan kerana mereka adalah
contoh kepada masyarakat dan generasi akan datang.
Apa jua sumbangan yang dihulurkan kepada PONDOK AMAN
ini kami terima dengan hati yang terbuka.
TUJUAN
DAN MATLAMAT
Dengan
wujudnya PONDOK AMAN ini semenjak tahun 1998 sebagai
Pusat Seliaan dan RAwatan Wanita bermasalah di
Kelantan ini, adalah diharapkan tujuan asal
penubuhannya akan dapat diteruskan. Bukan itu sahaja,
kami berharap ia akan menyedarkan masyarakat Islam
khususnya, untuk turut sama memainkan peranan dalam
melaksanakan apa yang diistilahkan sebagai "menegakkan
kebaikan dan mencegah kemungkaran" (amar makruf wa
nahi munkar), membela dan melindungi mereka yang
malang seperti :
a)
menyediakan penempatan sementara dan memberikan
latihan kemahiran kepada mereka seperti menjahit,
memasak, membuat mee dan pelbagai lagi agar mereka
mengisi masa selama berada di PONDOK AMAN ini dengan
kegiatan - kegiatan berfaedah dan moga mereka mampu
berdikari suatu hari nanti.
b)
memberikan bimbingan rohani dan akhlak murni dengan
cara mendekatkan mereka kembali kepada Allah sebagai
pencipta dan menyedarkan mereka akan peluang untuk
bertaubat masih terbuka luas kerana sifat Allah itu
Maha Pengampun Lagi maha Mengasihani.
c)
menyedarkan kepada mereka bahawa masyarakat masih
boleh menerima mereka seperti biasa dengan syarat
mereka benar - benar insaf dan bertaubat.
SASARAN
Kumpulan
yang menjadi sasaran kami adalah :
-
Golongan
wanita yang terlibat dengan kancah pelacuran.
-
Remaja
perempuan yang terlibat dengan unsur - unsur dadah dan seks bebas.
-
Wanita yang
hilang pertimbangan hidup kerana disisihkan oleh keluarga.
-
Golongan
wanita yang terlibat dengan HIV / AIDS.
PENDEKATAN
Dalam program
pemulihan ini, beberapa pendekatan telah dan akan dilaksanakan adalah seperti
berikut :
-
Konsep usrah
/ pendekatan kekeluargaan di utamakan.
-
konsep ke
arah hidup yang lebih bermakna dengan pendekatan kerohanian dan bimbingan ke
arah ilmu ketuhanan dan ketaqwaan, mengenalkan Tuhan terlebih dahulu
kemudian hukumnya.
AKTIVITI
Aktiviti - aktiviti yang dijalankan akan
menggunakan sumber tempatan dengan menjunjung matlamat dan konsep PONDOK AMAN.
Aktiviti - aktiviti ini terdiri dari :
LOKASI DAN
KEMUDAHAN
Luas kawasan
PONDOK AMAN ialah 2 ekar. Ia terletak di hadapan jalan besar ke Dabong dan kira
- kira 10 kilometer dari lebuhraya Kuala Krai - Gua Musang. Tapak asramanya di
kelilingi oleh pokok - pokok buah - buahan seperti dokong, rambutan, durian,
petai dan lain - lain buah tempatan. Kawasan ini juga telah dikenalpasti
bersesuaian untuk aktiviti - aktiviti pertanian dan penternakan haiwan
peliharaan seperti ayam dan itik. Terdapat juga sebatang sungai yang mengalir di
luar pintu kawasan penginapan. Keseluruhan kawasan adalah berpagar kecuali di
Musalla, pejabat dan rumah kakitangan. terdapat beberapa bangunan di sini yang
boleh digunakan sebagai asrama, bengkel kerja tangan dan bilik kuliah. Kemudahan
lengkap dengan air dan letrik.
PENUTUP
Wabak dadah yang mengancam kita hari
ini memerlukan pendekatan dan perkongsian yang baik
di antara agensi kerajaan dan masyarakat, oleh itu
usaha di peringkat Grass Root perlu diperbanyakkan
dan didokong bersama. Niat murni kami ingin turut
serta bersama dan menyahut seruan kerajaan Malaysia
untuk sama membantu namun kami juga memerlukan
sokongan, kerjasama dan dokongan pihak atasan.
Berikanlah kami peluang untuk membantu dan bantulah
kami demi menjadikan Malaysia CEMERLANG, GEMILANG &
TERBILANG seperti yang diperkatakan oleh Mantan
Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Abdullah Ahmad
Badawi.
|